Sharnaaz Ahmad Sah Sudah Terima Surat Saman, Bakal Lantik Peguam | Sebelum ini Sharnaaz Ahmad dikatakan tidak berdisiplin kerana meninggalkan lokasi ketika penggambaran filem Darah Panas. Beliau juga dikatakan bersikap kasar dengan menolak dan mencekik leher penolong pengarah filem itu, Mohd Hafiz Mat Ishak kerana dikatakan marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga proses penggambaran bermula lewat.

Bercakap kepada mStar online, Sharnaaz memberihu dia menerima notis saman daripada penerbit filem Darah Panas iaitu S. Baldev pada Isnin lalu yang antara lain melarangnya berhubung dengan semua tenaga produksi filem berkenaan. Menurut Sharnaaz lagi, setakat ini tiada sebarang perkembangan lagi berhubungan perakar tersebut kerana dia ingin berbincang terlebih dahulu dengan pihak peguam yang bakal dilantik untuk membalas notis tersebut.

Dalam pada itu, Sharnaaz enggan mendedahkan isi kandungan notis tersebut secara menyeluruh namun mengakui akan melakukan sesuatu bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar. Tambah Sharnaaz, dia sebolehnya enggan membawa kes itu ke mahkamah dan sanggup untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun dia yakin pihak produksi filem itu tidak akan membuat apa-apa untuk membersihkan namanya yang sudah tercalar.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.