Tiba-tiba arena hiburan dikejutkan lagi dengan kontroversi membabitkan pelakon yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta, Sharnaaz Ahmad. Apa tidaknya, Sharnaaz sekali lagi bikin panas apabila dia dikatakan menyerang pelakon Nisdawati yang juga isteri pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari 2014 lalu.

Tidak cukup dengan itu, Sharnaaz dikatakan telah menghantar SMS berbaur ugutan kepada Fauzi selepas dia bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran. Jelas Fauzi, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari 2014 lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya.

sharnaaz serang nisdawati

SMS berkenaan adalah sebagaimana dibawah:

“Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan kenapa Sharnaaz bertindak sedemikian. Dipihak Nisdawati dan Fauzi Nawawi, mereka tidak faham kenapa Sharnaaz menyerang mereka. Manakala pihak media juga gagal mendapatkan penjelasan Sharnaaz Ahmad berhubung tindakannya itu.

Menerusi laporan sebuah akhbar, Sharnaaz berkata dia enggan ulas isu berkenaan. Namun begitu Sharnaaz mendakwa, semua orang yang terbabit dalam penggambaran berkenaan seperti pelakon, kru dan pengarah mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.

“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media. Biarlah mereka (Nisda dan Fauzi) memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf)….,” katanya.

p/s: Kalau benda kecil tak perlulah nak diperbesarkan. Harap Sharnaaz lebih cool. Berlakon dan best, harap dalam dunia nyata pun best. Tentu ramai peminat sayang…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.