Shila Amzah Akan Ke Amerika Syarikat (AS) Hari Ini | Shila Amzah akan ke Amerika Syarikat (AS) pada malam ini. Diberitakan visanya telah diluluskan oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) semalam. Shila Amzah akui berasa lega apabila permohonan visanya itu diluluskan walaupun tertangguh apabila pihak kedutaan berkenaan begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu.

Shila Amzah bukan kesana untuk bercuti ataupun membawa diri merajuk kesana, sebenarnya dia akan mengadakan persembahan pada acara World Music Award (WMA) 2012 yang akan diadakan pada 22 Disember 2012 ini. Dia diberi penghargaan untuk membuat persembahan yang secara tidak langsung membolehkannya memperkenalkan negara ini ke persada dunia.

shila-amzah-dan-ibu-bapa-nd-lala

Selain itu, Shila juga dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Shila yang akan berangkat kesana akan ditemani ibunya, Fauziah Sarman dan bapanya iaitu penyanyi ND Lala. WMA 2012 akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.