Masing-masing baru putus cinta. Terbaru, penyanyi Shila Amzah telah dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelantun lagu ‘Bila Aku Jatuh Cinta’ iaitu bekas kekasih Hanez Suraya, Awi Rafael. Namun, dalam satu laporan portal hiburan, Shila telah menafikan gosip berkenaan.  Shila menjelaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa ataupun bercinta dengan Awi Rafael.

“Saya sebenarnya kurang selesa bila timbul isu sebegini, tapi saya tak ambil peduli. Selagi perkara ini bukan daripada mulut saya sendiri, saya tak kisah. Biarlah orang nak berkata apa. Tapi saya rasakan ‘timing’ gosip ini sangat tidak sesuai. Dia pun baru sahaja putus dengan kekasihnya. Saya tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan dia. Saya cuma mengenalinya sahaja sebagai kawan.

shila amzah nafi bercinta dengan awi rafael

Shila juga menyatakan yang buat masa ini dirinya agak serik untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta dan belum bersedia lagi untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sebagai pasangan kekasih. Jelasnya lagi, buat masa ini dia hanya mahu berkawan sahaja. Sebelum ini Shila pernah menyatakan mengenai soal calon suami dan Shila menyerahkan semua itu kepada ibunya → CALON SUAMI? SHILA AMZAH SERAH PADA IBU…?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.