Saya Orang Paling Gembira – Sharnaaz Ahmad | Rentetan penghijrahan Shila Amzah, apa pula pandangan kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad? Adakah beliau boleh terima perubahan kekasihnya itu atau sebaliknya? Biasalah, kalau berubah ke arah kebaikan ini mesti banyak pancarobanya. Namun bagi kekasih Shila Amzah, Sharnaaz, beliau menghargai ‘penghijrahan’ Shila.

Sharnaaz akui dirinya sangat gembira dengan penampilan terbaru Shila Amzah. Baginya, perubahan Shila itu membuktikan teman wanitanya itu semakin matang dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

“Apabila Shila buat keputusan untuk berhijab, sudah pasti saya menjadi orang paling gembira. Saya gembira kerana Shila melakukannya dengan kerelaan hati sendiri. Bukan kerana paksaan daripada keluarga, mahupun daripada saya. Shila buktikan dia boleh buat yang terbaik untuk dirinya. Sebagai teman lelaki, saya akan sentiasa beri sokongan kepada dia,” ujar Sharnaaz yang ammboi petik dari portal gua.com.my.

Dalam gembira, Sharnaaz masih sempat berpesan kepada Shila supaya tidak menoleh ke belakang lagi. Ini kerana dia tidak mahu perubahan Shila itu bersifat sementara.

“Saya pesan kepada Shila, kalau hendak buat apa-apa, biar buat betul-betul. Jangan buat macam budak-budak yang tidak tetap pendirian. Lagipun dia kena ingat, umur seseorang itu akan terus meningkat, jadi lebih baik fikir secara matang. Ini adalah proses untuk dia memperbaiki diri dan buktikan kepada mereka di luar sana bahawa dia boleh buat yang terbaik. Saya tahu ramai juga yang tidak yakin atau percaya dengan perubahan Shila ini. Paling penting, dia kena lakukan dengan sepenuh hati, “ ujar Sharnaaz lagi.

Ditanya sama ada dia sudah membawa Shila membeli koleksi tudung atau tidak, jejaka dari Pulau Pinang ini cepat-cepat menjawab sudah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.