Shila Amzah Kongsi Gambar Istimewa Di Amerika Syarikat | Dek kerana urusan kerja, penyanyi kesayangan ramai, Shila Amzah telah terlepas detik istimewa ketika dia dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Ahad lalu dan trofi kemenangannya telah diambil oleh adiknya, Syada Amzah.

Untuk info, Shila Amzah telah berangkat ke China sejak bulan lepas dan kini dia berada di Amerika Syarikat untuk menjayakan tiga konsert besar disana. Menurut sumber portal murai.com.my, ibu Shila Amzah memberitahu, mereka kini berada di Las Vegas iaitu lokasi terakhir konsert Shila Amzah bersama peserta China’s Got Talent di Amerika Syarikat selepas New York dan San Francisco.

gambar shila amzah di amerika syarikat

Kata ibunya lagi, Shila Amzah kini sudah mula merakamkan lagu untuk album Mandarin pertamanya. Ibunya turut memaklumkan bahawa mereka tidak dapat mengemaskini status di Twitter kerana laman media sosial itu tidak dapat diakses di republik berkenaan.

Kepada peminat rindukan penyanyi ini, di sini ammboi kongsikan beberapa foto yang dipetik dari laman murai.com.my. Menurut laporan berkenaan, ianya dikongsikan oleh ibu Shila Amzah khas buat peminat yang sering menyokong perjalanan karier Shila Amzah selama ini.

shila amzah amerika 1

shila amzah amerika 2

shila amzah amerika 3

shila amzah amerika 4


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.