Shila Amzah Mahu Mulakan Hidup Baru? Tanpa Sharnaaz? | Sekiranya berpandukan kenyataan Sharnaaz Ahmad, 28, dalam media hiburan sebelum ini seperti dia sudah nekad melupakan cintanya terhadap Shila Amzah, 23. Bagi Shila pula, nampaknya dia sudah mempunyai kekuatan untuk mengharungi segala dugaan. Dia nampaknya sudah boleh terima segala ketentuan.

Ini kerana status terbaru Shila Amzah di laman sosial Twitter semalam, dia menggambarkan sedang melalui permulaan fasa baru kehidupan.

Permulaan baru, kehidupan baru dan lagu baru yang bakal keluar… Alhamdulillah (disusuli simbol senyuman)

Itu tulsian Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi selepas menghilangkan diri, minggu lalu. Status yang dimuat naik kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapat maklum balas positif daripada peminat tegarnya, yang rata-rata berharap Shila tabah menempuh ujian Tuhan.

shila amzah juara asian wave 2012-3

Shila pula membalas setiap pesanan dikirimkan dengan ucapan terima kasih. Berbeza dengan status sebelumnya di laman sosial sama, terutama sepanjang kemelut membabitkannya dengan Sharnaaz serta bapa sendiri, ND Lala, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, ketika itu lebih banyak meluahkan rasa gundah di jiwa.

Shila dan Sharnaaz mula rapat selepas bekerjasama dalam pembikinan klip video penyanyi terbabit, Patah Seribu, pada 2011 yang disusuli sebuah telefilem menggunakan judul sama pada awal 2012. Begitupun segelintir pihak dikatakan kurang senang dengan kemesraan ditunjukkan kedua-duanya. (BH Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.