Shila Amzah Nafi Bakal Bertunang Dengan Sharnaaz Dalam Masa Terdekat | Superstar Asia, Shila Amzah, 22, menyangkal dakwaan bakal mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya Sharnaaz Ahmad dalam masa terdekat ini. Menurut beberapa laporan media, Shila dan Sharnaaz dikatakan bakal bertunang  ekoran kebimbangan Sharnaaz dengan hubungan jarak jauh yang bakal dilalui mereka memandang Shila bakal memgembangkan karier nyanyiannya di China.

“Memang tak benar. Buat masa sekarang dia bagi saya peluang untuk explore lagi karier saya. Dia pun sibuk dengan karier dia. Kami beri masa dalam 2 atau 3 tahun lagi. Tapi tak tahulah, tengok macam mana. Doakan yang terbaik untuk kami. InsyaAllah”, kata Shila kepada malaysiandigest.com.

Dalam pada itu Shila menyifatkan kejayaan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 lalu bukanlah kemenangannya seorang. Sebaliknya dikongsi bersama seluruh keluarga yang banyak berkorban untuknya selama ini.

“Kejayaan ni adalah kejayaan ibu bapa juga adik beradik saya yang selama ini banyak berkorban untuk saya. Tak lupa kepada orang-orang sekeliling saya yang banyak menyokong perjalanan karier saya. Sebenarnya, saya belum berjaya. Tapi saya baru saja berjumpa dengan pintu kejayaan”, katanya dengan nada sebak sambil menguntum senyuman.

Tambah gadis jelita yang berjaya menggegarkan negara China ini, dia akan kembali semula ke negara itu sekitar November nanti bagi menjayakan beberapa persembahan di sana. Disamping memulakan rakaman single mandarin serta album barunya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.