Baru-baru ini, nama penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, Shila Amzah, 24, telah disenaraikan oleh sebuah akhbar sebagai antara lima selebriti wanita Malaysia yang menerima pendapatan melebihi RM1 juta sepanjang tahun 2013.

Menurut laporan tersebut, Shila dikatakan menerima pendapatan berjumlah RM2.5 juta hasil daripada perjanjian kontrak syarikat rakamannya di Shanghai, China, royalti daripada penjualan album dan lagu, serta bayaran sebagai duta produk kecantikan. Bagaimanapun, menerusi laporan Kosmo! hari ini, Shila menjelaskan jumlah tersebut ternyata terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

shila amzah tegur johan

“Saya akui, selepas memenangi pertandingan nyanyi Asian Wave dua tahun lalu, saya telah diberikan dana sebanyak RM5 juta oleh Shanghai Media Group (SMG) bagi memulakan karier nyanyian di sana. Bagaimanapun, dana tersebut tidak dikira sebagai pendapatan ataupun aset kerana ia digunakan untuk membiayai setiap kos yang diperlukan untuk penghasilan album dan lagu saya,” kata Shila yang menerima bayaran di Shanghai bukan secara kontrak tetapi mengikut jumlah projek yang dijayakannya.

Dalam pada itu, juga berkata, dia ada menerima tawaran untuk berlakon drama dan filem oleh pihak SMG tetapi terpaksa ditolak atas sebab ingin mengukuhkan jajahan muziknya di sana terlebih dulu.

“Saya ada menerima beberapa tawaran tetapi biarlah orang di sana mengenali saya sebagai penyanyi. Lagipun, saya harus memantapkan penguasaan bahasa Cina sebelum merancang sesuatu yang lebih besar,” katanya yang baru-baru ini terlibat dalam sebuah lagi pertandingan nyanyian Sing for China yang berlangsung di Beijing bulan lalu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.