Baru-baru ini penyanyi popular, Shila Amzah pernah mengeluarkan kenyaataan menerusi akaun Twitternya, bahawa dia takut untuk menonton filem Bencinta kerana dia pernah di kasari oleh individu yang pernah rapat dengan dirinya dahulu.

shila amzah nafi bercinta dengan awi rafael

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora (Danish) berlakon macam tu — takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri,” tulis Shila Amzah dalam akaun Twitter nya.

Kemudian menerusi sebuah portal hiburan, Shila ada menjelaskan mengenai status tersebut. Shila mengakui yang beliau pernah menjalani situasi seperti jalan cerita filem Bencinta di mana watak Nora Danish menjadi mangsa keganasan seorang suami lakonan Farid Kamil.

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu,” jelas dalam portal berkenaan.

Kenyataan Shila itu sudah tentu menimbulkan pelbagai persoalan, dah sudah tentu dia yang tidak pernah berkahwin akan dikaitkan dengan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad yang pernah menimbulkan kontroversi yang mana percintaan dan perpisahan mereka menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.

Bagaimanapun menerusi laporan Sinar Harian, Shila Amzah menafikan dakwaan berkenaan. Beliau menafikan status berkenaan mengaitkan perasaan traumanya terhadap keganasan lelaki kepada wanita kerana disebabkan perbuatan bekas kekasihnya kepada beliau sebelum ini. Beliau yang kecewa dengan dakwaan tersebut menyifatkan kenyataan ditulis sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya langsung tak kaitkan cerita saya dengan sesiapa pun. Jadi tolong takyah kaitkan la.. Siapa yang tulis itu memang tak bertanggungjawab la. Tolong lah blog yang tak bertanggungjawab ini. Maaf cakap tapi kalian tak jaga langsung sensitivity orang lain. Tulis ikut sedap sahaja,” katanya menerusi laman Twitternya.

p/s: Kenapa update status begitu kalau tak mahu orang salah faham…?

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.