Dalam semua orang dok bercerita mengenai perpisahan pasangan kekasih ekspress, Johan Asari dan Lana Nordin, tiba-tiba nama Shila Amzah turut dikaitkan sama. Ianya disiarkan dalam sebuah portal blog hiburan popular yang mana penulis berkenaan ada menyebut nama Shila dalam artikel perpisahan Lana dan Johan.

Bagi ammboi itu perkara biasa. Apatah lagi Shila pun sememangnya ada ‘sejarah’ dengan Johan As’ari. Cuma agak keterlaluan la juga apabila penulis berkenaan menulis ayat seperti menyindir penyanyi berkenaan.

“Adakah selepas ini Lana Nordin akan buat klip video menyanyi ombak rindu akibat perpisahan ini? Adakah Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga hatinya membaca perkhabaran ini?

Menerusi laman Twitternya, Shila telah menegur penulis berkenaan. Dalam pada itu, Shila juga berkata artikel daripada portal tersebut juga tidak membantu untuk memperbaiki kerjaya seseorang artis.

shila amzah tegur penulis blog hiburan

“Assalamualaikum, Sha minta portal untuk berhenti tulis apa-apa artikel yang ada kaitan atau mengaitkan Sha dengan sesiapa,” tulisnya.

“…sebab Sha rasa satu pun artikelnya tak membantu untuk memperbaiki kerjaya seorang artis.

“Jadi, saya harap, penulis blog itu faham dan berhenti menulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya…jadi saya tak fikir ada apa-apa artikel mengenai kerjaya saya selama ini, jadi tolong faham,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, penulis blog hiburan berkenaan telah menyatakan perkara itu bukan fitnah.

“Shila, ok ok. Mana ada fitnah pun. Cakap ‘berbunga hati’ saja kot. Maaf ya,” tulisnya dalam akaun twitternya.

Ok la. Kira selesai kot. Penulis blog tu pun sudah jelaskan apa yang patut. Harap Shila juga bertenang. Bab salah faham ni ammboi sendiri pun kadang-kadang takut nak terbitkan apa-apa cerita takut boleh menimbulkan salah faham. Mujur ada pembaca dan sahabat yang prihatin memberi teguran sepanjang bergelar blogger amatur ni. Terima kasih semua.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.