Shila Amzah Terharu Diraikan | Shila Amzah yang menjuarai juara pertandingan nyanyian Asian Wave telah diraikan oleh lebih 100 orang tetamu di sebuah majlis tertutup anjuran Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC). Turut sama memeriahkan majlis gilang-gemilang itu adalah syarikat Hai-O Enterprise Berhad dan saluran ntv7 dan 8TV.

Memetik laporan Media Hiburan, Shila Amzah berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan mereka sepanjang karier nyanyiannya.

“Saya rasa amat bertuah kerana dapat menjadi kebanggaan Malaysia melalui pencapaian saya di pertandingan Asian Wave pertama yang berlangsung di China. Ia merupakan impian yang menjadi kenyataan dan saya amat bersyukur kerana tidak berputus asa dalam bidang nyanyian selama ini. Saya akan bekerja lebih keras lagi dan mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi kerjaya saya dan berharap suatu hari nanti menjadi artis paling popular Asia,” kata Shila bercerita mengenai impiannya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.