Shila Amzah, 23, terkilan apabila namanya diheret ke dalam kancah perpisahan antara Awi Rafail dan Hanez Suraya. Shila juga menafikan antara dirinya dan Awi pernah terjalin hubungan istimewa. Luah Shila, penyebaran gosip tidak berasas itu bukan hanya meruncingkan lagi situasi, malah boleh mencetuskan prasangka buruk orang ramai.

shila amzah

“Saya dan Awi hanya berkawan, tidak lebih daripada itu. Kami mula kenal kira-kira dua tahun lalu ketika saya mencari teman duet. Kebetulan dia juga menghasilkan lagu sendiri. Kami mempunyai minat sama lalu selesa bertukar pendapat terutama mengenai penciptaan lagu. Cuma untuk fasa selanjutnya, jujur saya katakan kami tidak serasi. Jadi, tiada isu kami pernah bercinta. Malah, kisah saya dan dia ditimbulkan pada waktu yang tidak sesuai. Saya kasihan kepada Hanez. Bagi yang tidak tahu, mungkin akan percaya,” katanya dipetik dari Kosmo!.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.