Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Bakal Timang Cahaya Mata Kedua| Pasangan Shuib dan Siti Sarah Raisuddin menerima khabar gembira apabila Sarah disahkan hamil anak kedua.  Untuk kali ini, Shuib berharap agar dia dikurniakan cahaya mata perempuan, walaubagaimana pun, dia juga tidak menolak sekiranya dia dikurniakan cahaya mata lelaki kerana baginya, itu adalah rahmat dan rezeki kurniaan dari Allah S.W.T. Shuib juga, akan menjaga Sarah seperti kelahiran anak sulungnya, dengan memastikan Sarah sentiasa sihat, cergas dan tidak melakukan kerja-kerja berat sepanjang proses kehamilan ini.

“Masa dapat tahu Sarah hamil, saya seronok dan teruja, ialah ini merupakan rezeki kurniaan dari Allah S.W.T. Sebelum Sarah disahkan hamil, dia tidak mengalami simptom-simptom seperti muntah, pening-pening atau yang sedemikian, tetapi dia bertukar menjadi lebih “moody” dan agak garang sedikit. Selepas mengetahui dan disahkan hamil, barulah perasaanya terkawal dan ceria.” Ujarnya dalam portal gua.com.my.

“Selalunya, seperti biasa saya akan memandikan Sarah, walaupun kadang-kalanya sibuk dengan shooting, saya tetap akan menjaga dan memastikan agar dia sentiasa sihat dan terjaga. Saya juga tidak membenarkan dia melakukan kerja-kerja berat, dan hanya melakukan tugas-tugas yang tidak membebankan kandungannya.”

Mengenai perkembangan terbarunya, Shuib bakal muncul dalam drama Sepahtu Angan Tak Sudah dan bakal muncul dalam filem Sepah The Movie bersama Jep, Mamat Sepah dan Anzalna Nasir yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 29 November ini. Kepada peminat Shuib dan juga, Sepahtu, jangan lupa untuk menyaksikan, drama dan filem nya yang bakal menghiasi kaca TV, dan pawagam-pawagam seluruh tanah air.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.