Siapa Calon Suami Pilihan Ummi Nazeera? | Ummi Nazeera atau nama penuhnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 22, kini pulang ke Malaysia untuk bercuti semester. Katanya, dia akan menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan pada akhir tahun hadapan setelah tiga tahun menjadi pelajar di sana. Dalam pada itu, Ummi Nazeera juga tidak terlepas dikaitkan bercinta dengan seorang lelaki dan pernah didakwa berniat untuk menamatkan zaman bujangnya. Namun Ummi Nazeera menafikan laporan berkenaan.

“Saya masih lagi berkawan baik dengan lelaki tersebut, tetapi cerita tentang kononnya kami akan berkahwin itu tidak benar sama sekali. Ia tidak pernah ada dalam perancangan kami memandangkan saya juga masih belum menamatkan pengajian. Kami berkenalan sewaktu saya berada dalam tahun pertama pengajian di sana. Dia berusia 26 tahun dan merupakan senior saya. Dia juga sudah menamatkan pengajian, dan sekarang berada di Malaysia. Sehingga sekarang, kami masih berhubung. Insya-Allah, jika ada jodoh dan takdir dengan dia, saya akan terima. Bagaimanapun, apa yang penting sekarang, saya perlu tamatkan dahulu pengajian. Soal perkahwinan, itu akan difikirkan kemudian.” Ujarnya dalam laporan Kosmo Online.

Ummi Nazeera juga menjelaskan mengenai calon suami pilihannya. Dan beliau juga menafikan sedia terima sesiapa sahaja jodohnya dan bukan bermaksud dia serik untuk bercinta dengan kalangan artis.

“Bukan itu sebabnya. Saya tidak kisah bercinta dengan sesiapa pun, asalkan lelaki itu mempunyai latar belakang yang baik, beragama dan berpendidikan, itu sudah memadai. Bercakap tentang hubungan saya dengan teman lelaki sekarang, kami sudah lama kenal dan setakat ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersama,” jelas Ummi Nazeera lagi.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.