Siaran Langsung Kelantan vs SHB Da Nang FC Piala AFC 2 April 2013 | Kelantan akan bertemu pasukan Vietnam, SHB Da Nang FC dalam perlawanan Kumpulan G Piala Persekutuan Bola Sepak Asia (Piala AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini dalam misi untuk mempertahankan rekod tanpa kalah Kelantan di gelanggang sendiri.

Selain itu, ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata, pasukan bimbingannya berazam meraih tiga mata daripada perlawanan itu walaupun ia mungkin tugas sukar kerana pasukan pelawat merupakan pasukan terbaik dalam liga di negara mereka. Menerusi laporan Sinar Harian Online, Bojan berkata beliau akan menurunkan kedua-dua pemain import, Dimitrios Pertratos dan Dickson Nwakaemi bagi perlawanan itu kerana prestasi kedua-dua pemain bertambah baik selepas bermain bersama-sama dalam beberapa perlawanan.

Kelantan vs SHB Da Nang FC

Berkenaan siaran langsung pertemuan Kelantan vs SHB Da Nang FC, ammboi rasa ianya akan disiarkan menerusi TV9. Namun ianya masih belum dapat dipastikan lagi sehingga ada kenyataan rasmi dari pihak TV9. Jika ada, maka anda juga boleh menonton secara online live streaming Kelantan vs SHB Da Nang FC menerusi saluran Tonton.my dan TV9 Online. Selain itu, ammboi akan cuba update Keputusan Semasa dan Terkini Perlawanan Kelantan vs SHB Da Nang FC 2 April 2013 untuk makluman bersama. Harap maklum.

jadual siaran intisari rancangan tv9

[UPDATE] : Sah perlawanan malam ini ada LIVE di TV9. Kesahihan ini berdasarkan Intisari Rancangan TV9. Jika TV9 lipak, maka ammboi pun lipak la jugak. Harap maklum sekali lagi. Sekian, terima kasih.

KELANTAN VS DA NANG FC | LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

KLIK SINI —> KEPUTUSAN KELANTAN VS SHB DA NANG FC PIALA AFC 2 APRIL 2013


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.