Akhirnya terlerai sudah kontroversi yang melanda pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Menerusi sidang media khas yang dilangsungkan selepas Jumaat petang tadi, Aeril Zafrel mengaku hubungannya dengan Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya mereka sudah bernikah.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media. Bagaimanapun mereka bernikah buat kali kedia pada 4 Februari 2013 lalu iaitu hampir setahun selepas pernikahan pertama. Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.

sidang media khas aeril zafrel

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya dipetik portal berita mStar Online.

sidang media khas aeril zafrel dan wawa zainal

JOM TERJAH – – WAWA ZAINAL MENGAKU LAHIRKAN BAYI LELAKI, DIBERI NAMA AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR

Terdahulu, sebuah akhbar telah melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap. Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar. Namun sebelum itu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.