Berdasarkan pengalaman ammboi dan keluarga menggunakan perkhidmatan awam seperti Komuter, LRT, Monorel dan bas di sekitar Kuala Lumpur, rasanya agak kurang masalah ini berlaku. Ada sahaja mereka yang prihatin memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan.

Tidak mengira bangsa, ada sahaja yang menawarkan tempat duduk mereka. Paling mengujakan, warga asing turut tidak ketinggalan. Itu pengalaman tak seberapa kami yang kadangkala sahaja yang menggunakan perkhidmatan awam.

Namun pendedahan dibawah adalah sangat mengejutkan kami. Menurut sumber Harian Metro, sikap prihatin masyarakat kita nampaknya semakin menghilang. Seorang ibu terpaksa mengusukan anak di lantai ERL adalah cerita yang amat menyedihkan.

“Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.

Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang. Menurutnya, sebelum itu dia menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) dari tempat kerjanya di Setiawangsa bersama anak hingga ke KL Sentral sebelum menukar tren ke ERL untuk ke Salak Tinggi.

ibu menyusukan anak di lantai erl

Katanya, sepanjang perjalanan menaiki ERL itu tren dipenuhi orang ramai berikutan waktu pulang kerja dan dari KL Sentral dia berdiri hingga ke stesen Bandar Tasek Selatan. Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan dia berdiri sambil mendukung anak.

p/s: Susah nak komen….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.