Sinopsis Dan Trailer Sofazr The Movie Jiwa Kacau | Sofazr The Movie Jiwa Kacau diterbitkan oleh  Nusanbakti Corporation Syarikat milik Penyanyi Zul 2by2 dan isterinya Isma. Filem ini juga arahan sepenuhnya oleh Isma dan Tauke Jambu.

Filem yang berunsurkan komedi ini, menampilkan barisan-barisan pelakon seperti Ameer Sofazr, Zimi Sofazr, Fairuz Sofazr, Syah Sofazr, One Sofazr, Rody Sofazr, Zul 2by2 (Zack), Yassin Senario (Kudin), Tauke jambu (Remy), Jepp Sepahtu (Bob), Ar Badul (Dr Bada), Hamid Gurkha (Pak Abu), Adda Butterfly (Jururawat cantik) Leez Af (Wangi).

Sewaktu sidang media diadakan, Isma selaku pengarah untuk filem ini memberitahu pihak media, bahawa ini merupakan buah tangan pertamanya bersama Tauke jambu dalam menghasilkan filem ini. Filem ini mengambil masa 22 hari penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, dan bermula pada Mac 2011. Buat pengetahuan pembaca, bajet untuk filem ini, tidak mencecah RM 1 juta.

Filem ini memaparkan kisah komedi yang berlaku di sebuah pusat pemulihan mental. Mengikut pengarah filem ini, mesej yang hendak disampaikan kepada penonton ialah sebagai masyarakat kita hendaklah bersikap tidak memandang rendah terhadap orang yang kurang upaya, dan berilah layanan yang sama terhadap mereka. Sebagai masyarakat kita hendaklah berhati-hati sekiranya ingin membeli ubat yang dijual di pasaran, kerana khuatir akan risiko yang dihadapi. Terdapat banyak unsur humor dan lawak jenaka yang memberi mesej tersirat kepada penonton, dan juga dihiasi lagu-lagu dari band sofazr yang menghiasi latar filem ini.

Sinopsis Sofazr The Movie Jiwa Kacau | Mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofazr, mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul2by2) bahawa mereka kepenatan dan zack telah membeli ubat trtadisional dari Pak Mastur (Hamdan Senario) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka, tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat Pemulihan yang di beri nama “Pusat pemulihan jiwa kacau” di sinilah mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke jambu), Bob (Jepp Sepahtu), Ar Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha) Attendan Kulai (Mamat Sepah), Attendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi, bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini, Zack dan Wangi (Leez Af) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka.

Adakah mereka semua berjaya dipulihkan? Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini yang tidak siuman di pawagam seluruh negara yang bakal di tayangkan serentak di seluruh negara pada 27 September 2012.

TRAILER SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.