Sinopsis dan Trailer Telefilem Ombak Rania | Astro Ria (saluran 104) bakal menyiarkan sebuah telefilem hebat berjudul ‘Ombak Rania‘ pada 12 Julai 2012 (malam ini), jam 9.00 malam. Ia mengisahkan Tasha Shila sebagai Puteri Rania yang berdepan pelbagai rintangan sejak kematian ibu kandungan. Jom baca Sinopsis Ombak Rania dibawah.

Sinopsis Telefilem Ombak Rania | Puteri Duyung Rania yang kehilangan bondanya sejak kecil begitu gembira dengan kehadiran bonda tirinya iaitu Permaisuri Siti Orcha. Malah seluruh duyung-duyung Empayar Insangpuri sudah merestui keputusan rajanya untuk beristeri lagi tanpa mengetahui niat jahat Permaisuri Siti Orcha yang mengamalkan ilmu hitam.

Puteri Rania semakin membesar dan kecantikkannya kian menyerlah lalu menimbulkan rasa tidak senang hati pada permaisuri, hal ini ditambah dengan hasutan cermin puaka. Untuk mengekalkan status sebagai duyung tercantik di Empayar Insangpuri, permaisuri mengarahkan Panglima Awal membunuh Puteri Rania dengan membawa ekornya sebagai bukti.

Atas sifat belas kasihan, Panglima Awal tidak sampai hati lalu membawa Puteri Rania berjumpa dengan dukun diraja. Untuk menyelamatkan Rania, dukun menganugerahkan Rania sepasang kaki dan mencampakkan dia ke dunia manusia. Rania muncul di kolam renang Tengku Farid, pelajar ‘marine biology’ yang tampan.

Dengan pertolongan Supriyati, pembantu rumah Farid, Rania diperkenalkan sebagai adiknya dan bekerja di rumah Tengku Farid. Tengku Farid jatuh cinta dengan Rania tetapi terpaksa melalui segala onak duri untuk bersama. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Permaisuri Siti Orcha menyamar menjadi manusia dan meneruskan niat jahatnya untuk membunuh Rania.

Barisan Pelakon Telefilem Ombak Rania | Telefilem ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Tasha Shila yang memegang watak Puteri Rania, Rozita Che Wan (Permaisuri Siti Orcha), Aiman Mentor (Tengku Farid), Sharifah Sakinah (Rozita/Rozie), Ruminah Sidek (Permaisuri Siti Orcha Alter Ego) dan Aida Comel sebagai Supriyati.

TRAILER TELEFILEM OMBAK RANIA

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.