Mafia – Sebuah Cerita Realiti Gangster Anak Jati Melaka | Memaparkan kisah sebenar anak jati Melaka. 90 peratus daripada jalan cerita filem ini nanti adalah cerita yang diangkat daripada kisah sebenar seorang anak tempatan Melaka. Jadi ia bakal membongkar kisah realiti seorang Mafia di dalam filem ini. Menariknya Mafia yang dipaparkan bukanlah seperti cerita atau filem gangster yang pernah dilihat sebelum ini tetapi ia lebih memaparkan bagaimana kisah perdagangan haram dijalankan.

Penggambaran Mafia dijangka akan dijalankan selama 30 hari bermula 22 Julai ini. Kali pertama menceburi dunia penerbitan filem, syarikat produksi MS Production & Trading Sdn Bhd nampaknya cukup berani melaburkan RM3 juta untuk digunakan sebagai kos pembikinan bagi menghasilkan produk filem pertama mereka iaitu Mafia. Mafia akan menggunakan lebih 40 peratus teknik CGI (Computer-generated imagery) untuk melakukan beberapa aksi fighting dan kesan api yang membara ketika menghasilkan babak kereta terbakar.

Barisan Pelakon Filem Mafia | Mafia bakal mempertaruhkan pelakon-pelakon yang di antaranya terdiri daripada pelakon baru iaitu Melia Aimelia, Safra Aina, Chimay, Tony Tuah, Luke Wong beserta dua pelakon berpengalaman sebagai peneraju utama iaitu Qazem Nor dan Fifi Natasya. Mafia turut membariskan beberapa artis undangan sebagai tarikan iaitu seperti Awie, Zila Bakarin, DJ. Lin dan Baharuddin Omar. Mafia dijangka menemui penonton sekitar Mac tahun depan.

Sinopsis Filem Mafia | Mafia berkisar kehidupan seorang pemuda bernama Amri yang hidup miskin dan berazam untuk mengubah hidupnya menjadi kaya walaupun terpaksa melibatkan diri dalam kencah penjenayah yang berbahaya. Dalam mencapai azamnya itu, Amir terpaksa mengharungi pelbagai cabaran walaupun di sebalik itu dia sebenarnya seorang pemuda yang dipandang baik dan alim oleh masyarakat kampungnya. Apakah kesudahannya? Nantikan tayangan Mafia tahun hadapan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.