Sistem Perangkap Laju PDRM Tetap Diteruskan Walau AES Dilaksana | Sebelum ini kita dihangatkan dengan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang boleh dikatakan bakal meningkatkan jumlah saman terhadap pengguna jalan raya yang ingkar dengan peraturan yang dikuatkuasakan. Dalam pada itu, PDRM memaklumkan sistem kamera elektronik perangkap had lajunya masih tetap diteruskan walaupun AES sudah dilaksanakan.

Memetik laporan BH Online, kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem kamera elektronik perangkap had laju yang diguna Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksana. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, sistem kamera perangkap had laju yang dikuat kuasa PDRM masih beroperasi bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika memandu.

“Walaupun pendekatan baru melalui AES diperkenalkan, sistem sekarang (kamera perangkap had laju) yang digunakan oleh polis masih lagi dilaksanakan kerana pendekatan baru itu (AES) dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Agensi yang berkaitan melaksanakan pemantauan jalan raya akan tetap laksanakan tugas masing-masing,” katanya dalam laporan berkenaan.

Beliau berkata, kamera perangkap had laju PDRM berupaya merakam imej kenderaan yang melanggar had laju dari jarak 1.2 kilometer pada kelajuan 320 kilometer sejam.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.