Skim Pemberhentian Pekerjaan akan dapat dilaksanakan jika Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju dengan modul serta mekanisme jangka panjang yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata kerajaan memperuntukkan RM52 juta sebagai dana permulaan skim itu. Kesepakatan kedua-dua pihak itu penting bagi memastikan dana tabung itu dapat diisi untuk kegunaan jangka panjang.

Perjanjian kedua-dua pihak ini akan dibawa ke satu mesyuarat melibatkan Kementerian Sumber Manusia, wakil Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan pihak yang mewakili majikan untuk mendapatkan kesefahaman mengenai modul dan mekanisme yang sesuai untuk melaksanakan skim tersebut.

Maznah juga berkata seramai 1.57 juta pekerja asing bekerja di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sementara sehingga Disember tahun lepas. Beliau berkata kerajaan merangka langkah jangka pendek dan panjang bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing seperti meningkatkan kadar levi secara berperingkat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.