Kerana carut penyanyi Amy Mastura stesen radio Suria FM didenda oleh oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM). Bagaimanapun pihak Suria FM menepis dakwaan didenda RM50,000 seperti dihebohkan.

Memetik laporan Kosmo! pihak SKMM denda Suria FM tidak sampai RM10,000 dan telah membayar denda berkenaan pada 23 Februari lalu. Tindakan itu berkaitan latah Amy Mastura yang mencarut dalam program ‘Suria Pagi’ secara langsung 7 Disember lalu.

“Pihak kami kesal dengan apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya perkara sama tidak berulang dalam program siaran langsung pada masa depan.

“Namun pihak kami agak terkejut apabia perkara ini dibangkitkan akhbar sedangkan ia telah diselesaikan. Jumlah denda adalah kurang daripada RM10,000 bukannya RM50,000 seperti yang didakwa.” kata Subarma Mokhtaruddin yang merupakan pengurus besar program Suria FM.

Pada program Disember lalu, penyampai radio mengusik Amy sehingga tanpa disangka penyanyi itu melatah: “Oh p***** kau meletup, p***, p***** hantu.”

Program itu dikendalikan penyampai radio Halim Othman, Zulin Aziz dan Fizi Ali.

Sementara itu Amy Mastura berkata beliau tidak tahu-menahu tentang denda itu dan enggan memperbesarkan isu tersebut.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.