Skop Production Terima 3 Pengiktirafan Malaysia Book Of Records | Memetik laporan sebuah media hiburan, Skop Production telah mencipta sejarah baru apabila menerima tiga pengiktirafan di majlis makan malam khas anjuran Malaysia Book of Records ‘Night of Achievers’ bertempat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, semalam.

Tiga anugerah yang diterima adalah Pengarah Muda Terbaik Di Festival Filem Malaysia (Syamsul Yusof), Kutipan ‘Box-Office’ Tertinggi Filem ‘KL Gangster’ dan Pengarah Termuda (Syafiq Yusof). Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof, Syafiq Yusof dan pelakon filem ‘KL Gangster’ seperti Aaron Aziz dan Adi Putra hadir bagi meraikan kejayaan yang diterima.

Untuk rekod, Syamsul juga mengulangi kejayaan ayahnya yang turut menerima anugerah sama menerusi filem ‘Sembilu’ pada tahun 1996. Semua anugerah pada malam tersebut disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

p/s: tahniah diucapkan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.