Java Cup 2012 | Terbaru mengikut laporan aseanfootball.org, skuad Harimau Malaya juga disahkan sebagai pasukan terakhir yang bersetuju untuk menyertai Kejohanan Java Cup 2012 yang bakal berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta, Indonesia pada 26 hingga 29 Julai 2012.

Pengumuman itu dibuat oleh Widjajanto, Ketua Pegawai Eksekutif, PT Liga Prima Indonesia Sportindo dalam satu sidang media yang turut disertai pemain Everton, Marouane Fellaini. Kejohanan empat penjuru itu akan disertai oleh pasukan Indonesia, Malaysia, Juara Liga Turki iaitu Galatasary dan pasukan Liga Inggeris, Everton.

Namun begitu, masih belum ada pengesahan daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai pasukan manakah yang akan bertanding. Everton akan bertemu Galatasaray pada perlawanan pembukaan dan pemenang perlawanan ini akan bertemu pemenang di antara perlawanan Malaysia menentang Indonesia. (Dunia Sukan Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.