SMS Terakhir Dari Prebet Ahmad Hurairah – “Salam Abah, Mak Doakan Orang Selamat” | Mungkin semua sudah tahu gugurnya seorang lagi wira negara di Lahad Datu, Sabah. Prebet Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD terkorban semasa operasi di Sungai Nyamuk, Kampung Tg Batu akibat serangan hendap pengganas.

Dalam pada itu, keluarganya di Pasir Mas ada menceritakan berkenaan SMS terakhir dari Allahyarham.

“Salam abah, mak doakan orang (saya) selamat”.

ANNGOTA ASKAR KELANTAN TERKORBAN

Begitu khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang dihantar Prebet Ahmad Hurairah kepada bapanya, Ismail Husin, 55, sehari sebelum Allahyarham ditugaskan untuk menyertai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 7 Mac 2013 lalu. Ismail berkata, Ahmad Hurairah yang merancang membawa kekasih hatinya berasal dari Bachok untuk berjumpa dengan keluarganya selepas tamat operasi itu, turut berpesan supaya menjaga diri baik-baik semasa ketiadaannya.

prebet ahmad hurairah

Ujarnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu adalah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua tahun lalu dan selepas itu Allahyarham tidak lagi dapat berkesempatan pulang ke kampung.

Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah.

Al-FATIHAH


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.