Kini sudah hampir setahun lebih usia perkahwinan pelakon Lisa Surihani dan Yusri Abdul Halim. Namun mungkin bukan rezeki mereka, sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata. Dek kerana itu, Lisa merasakan soalan berkenaan anak cukup sensitif baginya. Jelasnya dalam satu laporan portal hiburan, kadangkala cara pertanyaan dari sesiapa sahaja mengenai soal anak boleh menyinggung perasaannya.

Lisa menjelaskan, tidak terlepas dipersoalkan tentang bila akan hadirnya cahaya mata dalam keluarganya. Disebalik senyuman yang menjawab soalan itu jauh disudut hati Lisa adakalahnya dia mengakui agak tersinggung dengan pertanyaan itu.

lisa surihani 2

“Kadang-kala cara pertanyaan tentang soal itu, agak tidak sesuai dan boleh menyinggung perasaan saya tapi saya hanya menganggap cara pertanyaan mereka itu mungkin kerana kurang sensitif tentang perasaan saya. Sepatutnya doakan untuk saya dan Yusri dikurniakan zuriat-zuriat yang sempurna sifat dan akhlaknya suatu hari nanti, Alhamdulillah jika mereka mendoakannya untuk kami. Tapi saya tak pernah berasa rimas dengan soalan itu jika mereka bertanyakannya dengan cara yang baik dan elok, malah berharap ia menjadi satu doa buatnya dan Yusri.” jelas Lisa dipetik dari laporan ohartis.com.

lisa surihani dan yusri

Lisa dan Yusri diijabkabulkan pada 26 February didalam satu upacara ijab dan kabul yang cukup meriah. Malah majlis perkahwinannya pernah digelarkan “Wedding of the Year” pada tahun 2012 yang lalu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.