SONY TABLET S BAKAL TIBA DI MALAYSIA FEBRUARI 2012! | Perkembangan dunia tablet memang cukup laju. Sampaikan memang tak sempat nak ikut mana satu. Namun membeli tablet ni bukannya untuk bergaya semata. Kalau boleh ukurlah dengan keperluan. Sekiranya pembelian dibuat tanpa ada sebarang makna, tablet yang dibeli tu ibarat sampah semata. Sony juga mahu menceburkan dalam dunia tablet ini. Kita tahu kualiti dan prestasi Sony yang gah dengan pelbagai produknya. Namun bagaimana pula dengan tablet Sony yang dikenali dengan nama Sony Tablet S ini?

Paparan dan Saiz Sony Tablet S

Sony Tablet S mempunyai paparan bersaiz 9.4 inci dengan resolusi 1280×800. Paparan yang besar lebih kurang saiz Ipad, Sony Tablet S berukuran 241.2 x 174.3 x 10.120.6 mm dan memiliki berat 625 g. Mempunyai bentuk yang unik dibahagian belakang, Sony Tablet S boleh diletakkan diatas permukaan rata dan bahagian skrin akan terangkat sedikit untuk memudahkan penglihatan kita semasa menggunakannya.

Kuasa yang ada pada Sony Tablet S

Sony Tablet S dilengkapi dengan 1 Ghz Tegra 2 processor yang mana memang cukup power untuk dibangdingkan dengan tablet yang lain. Dipacu dengan memori Internal 16/32 GB storage, 1GB RAM dan Card slot SD, boleh sehingga 32GB sememangnya Sony Tablet S sudahpun menampakkan kelebihannya. Selain itu Sony Tablet S menggunakan sistem Android 3.0 Honeycomb yang boleh diupgrade sehingga 4.0 dimasa hadapan.

Apa lagi kelebihan Sony Tablet S

Sony Tablet S dilengkapi dengan kamera belakang 5 MP, 2560х1920 pixels, autofocus dan kamera depan, 0.3 MP. Ianya juga berupaya membuat rakaman video dengan kualiti [email protected] . Harga pasaran untuk Sony Tablet S ini dikhabarkan sekitar RM2,000 untuk pasaran Malaysia dan tarikh sebenar pelancarannya belum dapat disahkan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.