Masterchef Selebriti – Soo Wincci Akui Semakin Dikenali | Mula mendapat tempat di hati peminat Melayu selepas muncul dalam Masterchef Selebriti Malaysia, kini tanpa membuang masa, Soo Wincci cuba memanfaatkan peluang ini dengan melahirkan sebuah album berbahasa Malaysia untuk mendekatkan dirinya dengan peminat daripada kaum Melayu.

Album yang berjudul Terus Teranglah ini bagaimanapun telah dihasilkan sebelum Soo Wincci menyertai rancangan realiti Masterchef Selebriti lagi, namun dengan tidak disangka-sangka nasib terus menyebelahinya apabila dia terus popular menerusi rancangan tersebut dan ia nyata memudahkan lagi dirinya untuk tampil dengan album tersebut.

Terus teranglah yang dihasilkan dengan kolaborasi bersama komposer dan penulis lirik hebat tempatan iaitu Ajai memberikan ruang kepadanya untuk mempelajari pelbagai teknik dan corak nyanyian lagu Melayu dengan cara yang betul. Beliau memang sudah lama menyanyi dan sudah ada tiga album dalam bahasa Cina sebelum ini. Namun, beliau juga sering menyanyikan lagu-lagu Melayu jika memenuhi sebarang undangan nyanyian. Antara lagu yang jadi pilihannya adalah Bukan Cinta Biasa, Seindah Biasa daripada Dato’ Siti Nurhaliza dan juga Gemilang oleh Jaclyn Victor.

Bagi anak jati Kuala Lumpur ini, dia bukan saja mengimpikan untuk berjaya di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa juga. Namun, baginya setiap kejayaan itu haruslah datang dengan usaha yang gigih untuk terus kekal dalam industri ini. Soo Wincci adalah seorang ratu cantik dan merupakan penyandang gelaran Miss Malaysia/World 2008/2009. Beliau yang berusia 27 tahun ini memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang perundangan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.