Ada juga kes macam ni. Dah sampai ada tiga anak baru sedar kecantikan isterinya tu bukan asli. Bagi ammboi, kes seperti ini memang sengaja cari pasal dan bukannya sebab tertipu pun. Kalau rasa tertipu sudah tentu masa anak pertama tu sudah tahu. Siap boleh tuduh isteri jalinkan hubungan sulit tu…

suami saman isteri anak hodoh

Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh. Lelaki berkneaan yang dikenali sebagai Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin. Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya. Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

wajah sebelum dan selepas isteri jian feng jalani pembedahan plastik di korea selatan

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.

p/s: Yang lain jangan buat macam ni, semuanya adalah anugerah ALLAH…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.