Kes Bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9 | Suami kepada Eksekutif Pentadbiran wanita TV9, Syaleza Jaffar, dituduh di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh isterinya di kediaman mereka di Damansara Damai, bulan lalu. Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, bekas pekerja bahagian teknologi maklumat (IT) Bernama dilihat mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Tertuduh kini bertugas sebagai eksekutif IT di sebuah syarikat gas dan minyak. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Norazman Bashah dituduh membunuh mangsa di rumah bernombor 115, Tingkat 1, Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Sungai Buloh antara jam 12.30 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. (Sumber Berita Harian)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.