Tak tahu nak komen apa… , terkedu ammboi baca laporan berita ini. Memang tak dinafikan ramai lelaki yang ada kat Malaysia mahupun di dunia, ketagih dengan permainan ‘games’. Namun memang melampau kalau sampai bekerja pun tidak, 24 jam mengadap permainan video ‘PlayStation’ (PS) berkenaan. Tu bukan sahaja malas, tapi dah sampai tahap melampau malas la tu. Sampai kos sara hidupnya dan keluarga disara dengan duit zakat?

ketagih games

Memetik laporan myMetro, seorang isteri bernama Seha, 50, meluahkan perasaaan terkilan dengan sikap suaminya yang ‘ringan tangan’ apabila ditegur. Suaminya itu akan bertindak memaki dan memukul dia dan anak-anak sekiranya sikap buruknya itu ditegur dan dinasihat untuk mencari kerja. Rasanya suami jenis macam ini memang sudah tidak ada maruah diri dan tidak layak bergelar ketua keluarga.

Seha yang memiliki tiga anak hasil perkahwinan dengan suaminya itu juga berkata, sebelum berkahwin suaminya yang tujuh tahun lebih muda daripadanya melakukan perniagaan kecil-kecilan dan cuba mencari pekerjaan tetap selepas mereka berkahwin. Namun kini dia hanya duduk dirumah bermainan permainan video berkenaan sahaja.

“Sehari suntuk dia akan duduk depan televisyen bermain permainan video. Setiap kali ditegur supaya keluar mencari kerja, saya dan anak-anak bukan saja akan dimaki, malah kami ditumbuk dan dipukul. Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila dia tidak pernah kekal bekerja di satu-satu tempat. Akibatnya, sejak berkahwin kira-kira 12 tahun lalu, rumah tangga kami tidak pernah bahagia kerana masalah kewangan.” Kata Seha sedih mengenangkan suaminya yang sudah bertahun-tahun tidak bekerja dalam laporan berkenaan.

p/s: Pemalas macam ni layak terima duit zakat ke tak..?

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.