Suami Siti Nurhaliza, Datuk K Dijangka Pulang 28 Disember 2012 | Sudah tentu ramai yang ingin tahu perkhabaran mengenai keadaan suami penyanyi no 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Biasalah, orang popular, semua pakat nak tahu. Sebabnya ada khabar angin palsu yang kurang elok berterbangan di alam maya mengenai keadaan Datuk K selepas kemalangan sebelum ini.

Menurut laporan Kosmo!, keadaan kesihatan Datuk K atau nama sebenarnya, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa kini beransur pulih dan beliau dijangka dibenarkan pulang ke tanah air pada 28 Disember 2012 ini. Perkara itu dinyatakan oleh anak ketiga Datuk K iaitu Asyraf Khalid, 20, yang kini berada di New Zealand dengan memberitahu berita tersebut melalui laman Twitter miliknya kira-kira pukul 6 petang waktu Malaysia semalam.

Siti-Dan-Datuk-K

“Dad’s getting better. Coming back on 28th, i think. Looking forward for that. (Ayah semakin pulih. Saya rasa, akan pulang pada 28 Disember ini. Tak sabar),” tulis Asyraf mengenai perkembangan terkini bapanya yang sedang dirawat di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

Baguslah macam tu. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan kesihatan Datuk K bertambah baik hendaknya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.