Suarakan Isu Politik – Faizal Tahir Digam Media Prima? | Terdahulu Faizal Tahir pernah memanaskan industri hiburan dengan aksi ‘ngerinya’. Apapun isu berkenaan telah reda. Namun nampaknya sekali lagi nama Faizal Tahir menjadi panas. Kali ini dikhabarkan dia sudah digam oleh syarikat pengendali stesen televisyen popular negara, Media Prima.

Menurut laporan portal hiburan MH Online, punca tindakan ini dikenakan ke atas Faizal ekoran kelantangannya dalam menyuarakan pendapat mengenai isu politik di negara ini. Difahamkan, walaupun tiada dokumen hitam putih bagi mengesahkan perkara ini, Faizal telah dimaklumkan secara lisan dan khabarnya beberapa program yang melibatkan Faizal dan stesen TV berkenaan telah dibatalkan secara tiba-tiba.

faizal tahir digam media prima

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan bakat yang dimiliki Faizal memang tidak boleh dinafikan malah peminat juga tentunya ingin melihat kelibat penyanyi kesayangan mereka di kaca TV.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.