Apa sudah berlaku kepada pelakon Sharnaaz Ahmad. Tiba-tiba ‘serang’ isteri pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, iaitu Nisdawati? Fauzi yang cuba bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa masalahnya pula diugut menerusi SMS. Ayat SMS tu yang tak boleh tahan. Ala-ala gangster gitu.

Baca laporan sebelum ini, Sharnaaz didakwa telah ‘menyerang’ Nisdawati dan turut menghantar SMS berbaur ugutan kepada Fauzi.

sharnaaz ahmad serang nisdawati dan fauzi nawawi

Jadi, bagi menjelaskan itu berkenaan, Fauzi Nawawi dan isterinya Nisdawati menceritakan sedikit sebanyak apa yang telah dilalui mereka.

Anda boleh ikuti penjelasan Fauzi Nawawi dibawah:

Susulan kejadian pada 19 dan 21 Februari di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor, Fauzi meminta penjelasan daripada Sharnaaz mengenai tindakan yang didakwanya biadab itu. Bagaimanapun Sharnaaz sebaliknya membalas pertanyaan itu dengan SMS berbaur ugutan dan provokasi untuk menyelesaikan kes secara pergaduhan. Fauzi juga berkata, insiden itu menyebabkan isterinya yang hamil lima bulan berada dalam keadaan trauma sehingga terpaksa berehat daripada aktiviti lakonan.

“Saya hanya minta penjelasan dan dia mungkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti itu. Bagi saya, perbuatannya itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung lebih 5 bulan. Industri hiburan tanah air bukan besar, tapi peranghai gengster yang ditunjukkan Sharnaaz ini melampau dan bileh memburukkan semua pelakon ataupun penghibur.”

“Dia mungkin hendak bergaduh, tapi itu bukan cara saya. Jika ikutkan hati, sememangnya saya marah, tetapi negara ini mempunyai undang-undang dan saya akan gunakan saluran yang betul. Namun apa yang pasti, saya akan mengambil tindakan sepatutnya mengikut undang-undang sekiranya kandungan dan kesihatan isteri terjejas,”

Nisdawati pula berkata, Sharnaaz secara tiba-tiba memarahinya sewaktu dalam penggambaran kat Kuang pada 19 Februari lalu pukul 11 malam. Jelasnya lagi, sebagai ibu mengandung, dia tidak mungkin akan memanipulasikan keadaan kerana dirinya sememangnya diserang Sharnaaz secara mengejut.

“Sharnaaz tiba-tiba memarahi saya tanpa sebab dan tidak juga menyatakan kenapa dia berbuat demikian. Ketika itu saya hanya mendiamkan diri bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Selepas tamat penggambaran, saya memaklumkan kepada suami. Suami menenangkan saya sebelum menasihatkan supaya bersabar dan hanya mendiamkan diri. Namun pada 21 Februari lalu, keadaan bertambah buruk apabila Sharnaaz sekali lagi mahu menyerang saya di lokasi penggambaran di Sungai Buloh. Saya bernasib baik kerana dia dihalang kru.”

“Buat apa saya nak manipulasikan keadaan. Dia yang mula dulu. Saya pun terkejut. Kalau tak percaya, tanyalah pelakon-pelakon yang ada pada kejadian itu. Saya tak sangka dia berperwatakan begitu,” tuturnya yang mengandung lapan bulan.

Dibawah pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Nisdawati menerusi akhbar Kosmo!:

“Perkara ini berlaku sewaktu hari terakhir penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta pada 19 Februari lalu. Semuanya bermula ketika penggambaran yang membabitkan babak antara Sharnaaz dan Iqram Dinzly. Ketika itu ada babak Iqram menyergah Sharnaaz sehingga membuatkan dia terkejut sehingga babak itu tidak jadi dan terpaksa dibuat semula. Jadi, saya dan kru produksi yang ketawa dengan aksi terkejut Sharnaaz itu. Kemudian, saya lihat wajah Sharnaaz terus berubah dan dia terus datang dan menengking ke arah saya secara tiba-tiba. Ternyata tindakannya itu agak mengejutkan dan membuatkan kru yang lain terus terdiam.”

“Sehingga kini saya tidak tahu puncanya dan masih tertanya-tanya dengan tindakan yang dilakukannya itu. Lagipun bukan saya seorang sahaja yang ketawa, malah kru produksi lain turut ketawa. Lebih menghairankan lagi selepas bertindak sedemikian, boleh pula dia bergurau dengan Nelydia Senrose. Saya pula tidak mampu berkata apa-apa dan menggigil serta beristighfar akibat ketakutan. Kalau ada sebarang perkara yang membuatkan dia berasa tidak puas hati dengan saya, sepatutnya dia datang berjumpa saya dan menjelaskan perkara sebenar. Bukannya dengan cara menengking saya di hadapan pelakon dan kru produksi lain.”

“Selepas kejadian itu saya ada menceritakan perkara tersebut kepada suami. Kemudian suami ada menghubungi Sharnaaz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan penjelasan tentang tindakannya menengking saya. Bagaimanapun, laporan polis terpaksa dibuat pada 22 Februari lalu setelah Sharnaaz menghantar SMS berbaur ugutan dan ia terpaksa dilakukan demi keselamatan keluarga setelah berbincang dengan suami.”

Nisdawati dan Fauzi berkata mereka sudah buat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri. Oleh itu, kes ini sudah jadi kes polis lah kan. Jadi kita tunggu sahajalah hasil siasaran polis dan sama-sama kita nantikan laporan apa sebenarnya yang berlaku.

[UPDATE: Menerusi Harian Metro hari ini, pihak polis berkata yang mereka tidak akan melakukan siasatan terhadap laporan polis yang telah dilakukan. Menurut pihak polis, perkara ini adalah salah faham dan bukannya ugutan.]

p/s: Penjelasan Sharnaaz? Tak ada… Dia kata malas nak komen…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.