Tahniah untuk pasukan Kelantan yang muncul Juara Piala FA 2013 dengan menewaskan Johor Darul Takzim (JDT), 1-0. Selain itu, tahniah juga buat Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi atau dikenali dengan panggilan Piya kerana dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir berkenaan. Kelicahan dan kehebatan Piya ternyata begitu menyerlah pada malam berkenaan dan beliau mendapat pujian ramai. Antaranya bekas pengendali Kelantan, Datuk M. Karathu yang memuji Piya serta berpendapat sudah sampai masanya Piya mengemudi jentera tengah Malaysia – Harimau Malaya!

“Piya telah membuktikan keupayaannya dan sudah tiba masanya untuk dia diberikan peluang mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya.  Piya merupakan seorang ‘jeneral padang’ yang hebat. Lihat sahaja gandingannya dengan Mohd. Shakir Shaari yang berjaya menguasai bahagian tengah berbanding Johor DT. Sebenarnya, saya juga hairan dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Johor DT. Dalam aksi sebelum ini, pemain-pemain tengah mereka lebih banyak pegang bola. Namun, pada aksi semalam (kelmarin), mereka dilihat lebih kerap turun dan melakukan serangan melalui bahagian tepi. Piya dilihat semakin selesa dengan gaya permainannya. malah mampu melepasi dua tiga pemain tengah Johor DT. Ini bermakna Johor DT memberikan ruang yang selesa kepada Kelantan untuk bergerak. Hasilnya, Kelantan berjaya mengambil kesempatan itu dengan menjaringkan gol kemenangan sekali gus mempertahankan kejuaraan Piala FA,” katanya dipetik dari Kosmo!

badhri radzi piya harimau malaya malaysia

Pada perlawanan tersebut, Piya muncul watak penting dengan melakukan banyak hantaran tepat kepada jentera serangan Kelantan dan umpanan pertamanya kepada Mohd. Norfarhan Muhammad telah berjaya menghasilkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-16. Datuk M. Karathu turut menepis dakwaan bahawa Piya hanya mampu menyinar dengan Kelantan dan tenggelam ketika bersama Harimau Malaya. Ini kerana Karathu menganggap pemain berusia 31 tahun itu memiliki kelebihan dari sudut pengalaman beraksi di pentas final dan Piala AFC. Beliau berpendapat perkara itu bergantung kepada jurulatih dan saya pernah membimbing Piya dan dia akui tahu keupayaan sebenar Piya.

p/s: Bagi ammboi, sememangnya Piya antara pemain tengah terbaik yang ada di negara kita. Kepercayaan yang diberikan oleh pasukan Kelantan (jurulatih, pengurusan dan rakan sepasukan) membolehkan Piya beraksi dengan baik bersama Kelantan. Piya memang dilihat bermasalah bersama pasukan kebangsaan. Rasanya kerana faktor kepercayaan dari mereka-mereka yang berkenaan membuatkan Piya gagal memberikan aksi terbaiknya. Oleh itu, Datuk M. Karathu sewajarnya memberikan pendapatnya yang satu lagi iaitu pemilihan jurulatih juga memainkan peranan penting dalam peningkatan prestasi dan juga mutu permainan pemain. TUKAR!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.