Suki Dan Jeremy Chong Kahwin 12 Disember 2012 | Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, yang merupakan juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama membuat pengumuman bahawa dia bakal menamatkan zaman solo bersama pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember 2012 ini.

Suki yang teruja bakal bergelar isteri kepada Jeremy, 30, tidak lama lagi berkata, tarikh 12.12.12 dipilih kerana ia kebetulan sehari selepas sambutan hari jadinya pada 11 Disember 2012 ini.

“Saya berasa selesa dan selamat apabila bersamanya apatah lagi dia sentiasa menemani ketika saya mengalami kesusahan. Saya tidak sabar menanti hari bahagia itu. Perbezaan usia saya dan dia bukan penghalang,” kata penyanyi berkenaan dalam akhbar Kosmo!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.