Sultan Sulu Syor Gencatan Senjata? Boleh Percaya Ke? | Jamalul Kiram III, yang tak malu muka lagi bangang dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu sedangkan dia langsung tidak ada dalam salasilah Kesultanan Sulu telah meminta agar diadakan gencatan senjata susulan situasi semasa di Lahad Datu termasuk serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas kumpulan yang menceroboh wilayah Sabah sejak hampir sebulan lalu.

serangan-lahad-datu-sabah

Apa kes sultan bangang ni nak gencatan senjata setelah dia datang buat kecoh kat sini? Atau dia dan pengikutnya sudah tiada tempat nak lari?

Jamalul Kiram III meminta agar pasukan yang setia kepada beliau meletakkan senjata. Beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa. Langkah itu diambil susulan permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam. Meskipun gencatan senjata diumumkan tindakan mempertahankan diri akan diteruskan jika terus diserang. Pihak Kesultanan Sulu berkata 10 anggotanya maut manakala empat yang lain cedera dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia kelmarin dan semalam manakala 10 yang lain ditahan pihak Malaysia.

Daripada kenyataan yang dia keluarkan pun sudah sah-sah ada maksud tersirat. Dasar penipu besar. Dulu diangkatnya bendera putih tanda menyerah, akhirnya dua polis kita jadi mangsa. Kali ini dia nak syor gencatan senjata agar pasukan keselamatan kita leka. Mungkin akan ada serangan curi dan sebagainya.

Daripada apa yang ammboi tahu, ramai yang tak setuju dengan cadangan sultan bangang ni. Mereka sewajarnya keluar dari Malaysia jika tidak mahu berkubur disini atau menyerah diri menerima hukuman diatas sikap kurang ajar mereka. Tiada istilah gencatan senjata bagi menangani musuh licik sebegini. Ianya seolah-olah cara Israel yang terpaksa mendesak agar gencatan senjata diumumkan kerana mereka sudah teruk diasak pejuang Islam.

Semoga pengganas ini dicampak keluar dari Malaysia dengan seberapa segera!

p/s: artikel ini banyak menggunakan bahasa kasar. dah hilang sabar agaknya aku ni bila membabitkan isu Jamalul bangang ni…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.