Surat Minta Maaf Shila Amzah Mahu Jernihkan Hubungan Sharnaaz Dan ND Lala? | Seperti yang kita semua tahu, hubungan antara bapa Shila Amzah, ND Lala dan Sharnaaz Ahmad agak panas. Mereka berdua dikatakan tidak sefahaman berkenaan isu mahu menyunting Shila Amzah. Perang dingin di antara Sharnaaz dengan ND Lala semakin ketara apabila ND Lala dikatakan ‘tidak berkenan’ dengan cara Sharnaaz.

Selepas membiarkan bermacam spekulasi timbul, berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shila sendiri melalui sepucuk ‘surat’ kepada semua rakan media awal malam tadi sebagaimana yang disiarkan dalam Malaysia Digest. Tiada kenyataan menyimpulkan situasi yang terjadi antara cinta hati beliau, Sharnaaz dan bapanya ND Lala. Ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak, pelantun Patah Seribu hanya mampu meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat atas apa yang terlah terjadi. Shila juga menulis yang beliau mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas apa sahaja yang terjadi kepada Sharnaaz dan keluarganya ekoran isu kenyataan kedua dua pihak minggu lalu.

sharnaaz ahmad dan shila amzah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkanlah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkanlah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.

shila amzah


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.