Sebelum ini syarikat penerbangan komuniti, Firefly telah menghapuskan pengenaan surcaj bahanapi pada sukuan terakhir 2008 namun kini syarikat berkenaan dikatakan sudah tidak mampu menanggung lagi beban kos operasi yang semakin tinggi. Dalam satu laporan akhbar ada menyebut Firefly akan memperkenalkan semula surcaj bahan api bagi tempahan penerbangan yang dibuat dari 21 Mac 2012 bagi menyeimbangkan dengan harga bahan api jet yang tinggi secara berterusan.

Menurut laporan berkenaan, Firefly akan mengenakan surcaj bahan api RM10 bagi perjalanan domestik dan RM20 bagi laluan serantau. Walaubagaimanapun kesemua tempahan penerbangan yang dilakukan sebelum 21 Mac 2012 tidak dikenakan surcaj itu. Harga bahan api jet meningkat kepada US$136.94 (RM413.56) setong bulan ini, daripada US$131.39 (RM396.79) pada Februari manakala pada Januari ia ditetapkan US$108.22 (RM326.82).


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.