Suspek Tetak, Ragut Pembantu Klinik Di Kota Bharu Di Cekup | Polis telah berjaya menahan dua suspek lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin berhubung kejadian seorang wanita yang diragut dan tangan kirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini. Selain tangkapan, polis turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin. Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang.

Kejadian pada 30 Ogos lalu apabila seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah, 36, cedera parah selepas diragut dan ditetak ketika berjalan menuju ke sebuah kedai tudung di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu Kelantan. Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan kiri selepas ditetak tujuh kali dengan parang oleh suspek.

Berdasarkan laporan media, kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah selain dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes ragut di sekitar daerah ini. Sementara itu, Rohairani ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng di sini berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal jika terbukti bersalah. Katanya dia masih trauma dengan kejadian itu walaupun kini dia sudah boleh menggerakkan jari-jari. Tambahnya, dia kini berteman jika hendak ke mana-mana dan tangannya mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.