Suspek utama berkaitan kes seorang wanita mati dipukul di Lagoon Perdana, Bandar Sunway sudah berjaya ditahan polis pada awal pagi Rabu. Suspek yang berumur 30 tahun yang juga teman lelaki kepada wanita terbabit ditahan di sebuah wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejurus dia mendapatkan rawatan di situ.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata suspek mendapat rawatan kerana mengalami kecederaan di kepala.

kes bunuh pembunuhan kejam

“Sewaktu tangkapan dibuat, suspek dalam keadaan cedera di bahagian kepala dan baru selesai mendapatkan rawatan. Kami membawa suspek ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini dan mendapat perintah reman selama tujuh hari sehingga 25 Feb ini,” katanya dalam satu laporan berita.

Dalam kejadian itu, Pakizah Raja Khan, 27, ditemui cedera parah di rumah teman lelakinya itu. Mangsa yang mengalami retak di bahagian tengkorak kiri kepalanya meninggal dunia ketika dibawa ke PPUM untuk rawatan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.