Siapa tidak sedih bila kehilangan orang tersayang. Begitu juga dengan seorang nenek di Bukit Mertajam apabila kehilangan cucu yang rentung dalam kebakaran. Apapun sudah suratan Nya. Menceritakan detik kejadian itu, warga emas Siti Zanyah Yaakob, 74, berkata, pada mulanya dia melihat mangsa bersama abangnya Danial Mukhriz, 4, leka bermain di dalam bilik dan meninggalkan mereka berdua untuk menunaikan solat sunat Dhuha.

Katanya, sebaik selesai solat, dia berehat di ruang tamu rumah sebelum merasa bahang lalu memeriksa dan mendapati asap memenuhi seluruh rumahnya.

kanak-kanak rentung kebakaran di bukit mertajam

“Akibat terlalu panik, saya berlari keluar dari rumah untuk minta tolong. Ketika itu, saya langsung tidak ingat mengenai cucu, jika ingat pasti saya tariknya keluar. Hanya beberapa minit selepas berada di luar rumah, baru saya teringat cucu masih berada di dalam bilik,” katanya.

Warga emas itu juga dikatakan cuba masuk ke dalam rumah yang dijilat api ketika usaha memadam kebakaran dijalankan anggota bomba, tetapi dihalang orang ramai berikutan keadaan berbahaya.

Dalam kejadian berkenaan, Nurul Adryana Lateesha Mohammad Asyri, 2, rentung apabila rumah mereka di Jalan Rozhan, terbakar pada jam 10.45 pagi semalam.

Sumber: myMetro

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.