Teman lelaki dan ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Dungun semalam antara empat suspek ditahan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata teman lelaki ibu kanak-kanak itu yang merupakan suspek utama ditahan kira-kira 1.30 tengah hari semalam di Kuala Paka, Dungun.

Memetik sumber Sinar Harian,  Asisten Komisioner K. Manoharan berkata susulan penahanan suspek utama itu, dua rakan suspek utama masing-masing berusia 25 tahun serta ibu kanak-kanak itu yang berusia 28 tahun diberkas antara 10.30 malam tadi hingga 1.30 pagi ini di sekitar Paka. Manoharan berkata ketika ditahan suspek utama berumur 25 tahun itu dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah. Semua suspek direman tujuh hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

ibu budak 2 tahun dibunuh di dungun terengganu

Katanya hasil siasatan mendapati laporan dibuat ibu mangsa berhubung kehilangan anaknya itu pada Jumaat adalah palsu kerana dipercayai telah dipaksa oleh teman lelakinya untuk membuat laporan itu. Dalam laporan itu, ibu kanak-kanak itu memaklumkan anaknya itu hilang selepas ditinggalkan bersendirian dalam sebuah kenderaan semasa dia dan teman lelakinya berjumpa rakan di Dungun.

suspek kes bunuh budak 2 tahun di paka dungun terengganu

Manoharan berkata siasatan juga mendapati suspek utama adalah individu terakhir bersama-sama mangsa selepas ibunya membenarkan kanak-kanak tersebut keluar dengan teman lelakinya kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lalu. Namun kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, suspek memaklumkan kanak-kanak itu telah hilang dan memaksa ibunya membuat laporan polis.

Kesemua yang ditahan ini merupakan penagih dan pengedar dadah. Justeru polis masih menyiasat sama ada ibunya terlibat dalam kes kematian ini atau sebaliknya. Polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan suspek untuk membawa keluar mangsa sebelum ditemui mati dibunuh. Polis percaya dapat menyelesaikan kes ini dengan tertangkapnya keempat-empat suspek dan mengetahui motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.