Syamsul Menangis Mohon Maaf Pada Datuk Yusof Haslam | Akhirnya perselisihan faham antara anak beranak ini selesai. Sebelumnya mereka dikatakan sudah tidak bertentang mata agak lama kerana ada masalah antara mereka. Antaranya kritikan Datuk Yusof Haslam mengenai penangguhan filem KL Gangster 2 dek kerana komitmen lain Syamsul.

Namun memetik kenyataan Syamsul menerusi beberapa laman hiburan, ternyata segalanya sudah diselesaikan. Syamsul dikatakan telah pun memohon maaf kepada ayahnya. Melalui laman blog miliknya, Syamsul menulis dalam artikel bertajuk Deklarasi Pada Spekulasi Maafkan Aku yang menceritakan serba sedikit apa yang berlaku.

shamsul-yusof-dan-yusof-haslam

“Semalam aku bersemuka dengan papa setelah sekian lama aku berdiam diri dan menjauhkan diri daripadanya. Entah mengapa, apabila aku berdepan dengannya, kali ini rasa seperti sudah terlalu lama aku tidak tatapi wajahnya yang kulihat semakin dimamah usia dan kerja kerasnya dari muda. Belum sempat aku mulakan bait pertama, air mata sudah mencurah-curah. Aku capai tangan kanan papa dan ku cium berkali-kali sebelum kurangkul tubuhnya erat-erat. Saat itu, apabila kehangatan tubuhnya ku rasa, aku lemah… selemah-lemahnya. Lumpuh seketika,” tulis Syamsul dalam blog miliknya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.