Semalam berlangsungnya pratonton KL Gangster 2 dan didapati pengarah filem itu, Syamsul Yusof tidak hadir. Menjelaskan perkara berkenaan, bapanya, Datuk Yusof Haslam berkata, Syamsul tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih lagi dalam keadaan tertekan. Syamsul dikatakan masih terlalu kecewa dengan insiden filem kelapan arahannya, KL Gangster 2 disabotaj.

Selain itu, Datuk Yusof Haslam juga berkata perkara paling membimbangkannya adalah Syamsul menyatakan hasrat mahu berhenti daripada mengarah filem selepas ini. Bagi beliau, keputusan mahu mengundur daripada dunia bikinan filem ia merupakan satu kehilangan besar pada industri perfileman tanah air. Apatah lagi Syamsul sebelum ni pernah mencipta beberapa rekod kejayaannya sebagai pengarah muda berpotensi tinggi.

syamsul yusof

“Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentunya dia sukar berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada dia supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku. Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya. Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun. Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal”, kata Datuk Yusof Haslam dipetik dari Malaysia Digests.

“Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Selama ini saya bangga dengan dia. Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tak putus asa. Saya ada pujuk dia, saya katakan pada dia yang saya akan berjuang habis-habisan. Malah adiknya Syafiq pun cuba memujuk dia agar jangan undur diri”, katanya lagi dalam laporan yang sama.

Dalam pada itu mengenai perkembangan siasatan setakat ini, Yusof memberitahu siasatan masih sedang dijalankan dan beliau menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Namun beliau mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap penjenayah-penjenayah siber dan cetak rompak terbabit.

“Sekarang ni saya serahkan siasatan kepada pihak berkuasa. Dalam masa sama pihak kami juga jalankan siasatan. Saya cuma berharap pihak berkuasa tak ambil masa lama untuk menyiasat kalau ambil masa lama, bermakna kita biarkan penjenayah ini berleluasa. Kita redha dengan ujian Allah ini. Yang mana dah bocor, bocor lah tapi saya percaya penonton yang cintakan filem melayu dan kualiti, mereka akan datang menonton di pawagam. Saya akui dengan isu ini kutipan akan terjejas. Tapi kita terima. Namun ia tak mematahkan semangat saya, anak saya dan Skop Production. Saya tak akan berhenti! Saya akan terus berjuang habis-habisan! Saya akan berjuang hingga saya mati!”, katanya.

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.