Syarikat Driven Communications Sdn Bhd Nafi Pemilik Blog Hiburan Oh Bulan! | Syarikat Driven Communications Sdn Bhd menafikan ia adalah pemilik blog hiburan Oh Bulan! yang didakwa menyiarkan artikel memfitnah bekas isteri penyanyi Hattan, Noorfarashikin Othman. Syarikat itu yang disaman RM1 juta oleh Noorfarashikin pada 3 Julai lalu, dalam pernyataan pembelaannya turut menafikan semua tuntutan dan relif dimohon oleh plaintif dengan alasan saman itu difailkan secara salah terhadapnya.

Sehubungan itu Driven Communications selaku defendan berkata, tindakannya memfailkan pernyataan pembelaan itu dibuat tanpa memprejudiskan haknya untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan dikemukakan oleh plaintif.

Tembual Noorfarashikin Othman (kiri) bersama peguam bela Amer Hamzah Arshad (kanan) berkaitan tindakan guaman sivil terhadap blog hiburan tempatan iaitu “Oh Bulan” di Ranjit Singh dan Yeoh bertempat Solaris Dutamas (Kosmo Online)

Sementara itu peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu pemberita, beliau sudah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam dan mungkin memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan itu. Beliau berkata, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 10 September depan.

Dalam tuntutan samannya, Noorfarashikin berkata, defendan menerbitkan artikel yang memfitnahnya pada Januari lalu melalui laman web www.ohbulan.com yang kemudian disiar semula oleh akhbar dan blog lain. Beliau berkata, kenyataan dalam artikel itu antara lain bermaksud beliau seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan seorang isteri yang tidak setia. (Sumber BHarian Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.