Tahniah diucapkan kepada jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei yang muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 hari ini. Beliau hanya mengambil masa 32 minit untuk menjinakkan pemain Indonesia Tommy Sugiarto dengan keputusan 21-10, 21-12 untuk merangkul gelaran keempat kejohanan penutup tirai musim ini selepas menjuarainya pada 2008, 2009 dan 2010.

Kejayaan itu juga merupakan gelaran ketujuh untuk tahun ini. Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia berjaya mengungguli saingan dalam enam kejohanan iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia, Jepun dan Terbuka Hong Kong. Dengan kemenangan itu, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$40,000 (RM129,352).

Selain itu, kemenangan ini sudah pasti meningkatkan semangat Datuk Lee Chong Wei untuk menghadapi saingan tahun depan termasuk kejohanan utama seperti Piala Thomas di New Delhi, India, Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

datuk lee chong wei juara siri super final 2013

“Saya tahu bahawa saya tidak muda lagi tetapi bagi saya umur hanya angka dan berharap dapat mengekalkan prestasi ini untuk satu atau dua tahun lagi. Secara terus terang, kini saya lebih bersemangat untuk berlatih dengan lebih gigih bagi menghadapi pertandingan yang lebih penting dan lebih sukar pada tahun depan,” kata pemain berusia 31 tahun itu dipetik laporan Bernama.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.