Tahniah – Fasha Sandha Selamat Bersalin Anak Lelaki | Tahniah diucapkan kepada keluarga pelakon popular, Fasha Sandha, suaminya Rizal Ashram(Jejai) dan keluarga mereka dengan kehadiran cahaya mata baru pada pagi tadi. Menurut sumber berita, Fasha Sandha selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.21 pagi tadi.
Sehingga kini nama kepada anak pasangan ini masih belum diumumkan.
Sebagai makluman, Jejai dan Fasha telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 27 April 2012 dan ini merupakan anak pertama Fasha Sandha dan juga anak kedua bagi Jejai atau pun Rizal Ashram. Dia sebelum ini pernah mempunyai anak lelaki hasil perkongsiannya bersama bekas isteri iaitu Nora Danish. (Sumber Oh Bulan)